17.6.08

Berita Lawak

Baca berita nih kat berita harian online.
aku paste balek:

KUALA LUMPUR: Kira-kira 479,000 kereta yang didaftarkan sebelum 1995 dijangka mendapat pemasangan percuma tali pinggang keledar tempat duduk belakang bermula awal tahun depan sehingga pertengahan 2010, di bawah program penajaan yang dimulakan oleh kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat, berkata setiap pemasangan membabitkan kos purata sehingga RM80 dan kos purata untuk satu set tiga tali pinggang keledar tempat duduk belakang ialah RM100, bagaimanapun kos keseluruhan akan ditanggung oleh pengeluar atau menerusi tajaan oleh warga korporat.

Pemilik kereta hanya perlu membawa kereta mereka ke bengkel terpilih yang dilantik oleh pengeluar untuk memasangnya.

Ong berkata kira-kira 476,000 kenderaan yang dikeluarkan sebelum 1995 akan terbabit dalam usaha berkenaan, iaitu Perodua Kelisa (28,000), Perodua Kancil (141,000), Perodua Kenari (33,000) dan Proton Iswara/Saga/Gen 2 (150,000), Naza (30,000) dan jenis lain (20,000).

“Berapakah tajaan yang kami peroleh sehingga kini untuk program itu? Kami akan beritahu apabila kami umumkan rakan kerja kami dan apabila kami memeterai MoU berasingan dengan mereka,” katanya dalam temubual eksklusif di sini. - Bernama




so, pasan x yg keta2 tuh dah ada ke tahun 1995????
owh credit to neiji-san for enlighten dis news.


1 more thing,aku ada jumpa status kt YM mmber yg menarik perhatian aku:

"I read that eating malaysian food was unhealthy, so i gave up reading"

sekian laporan hari ini

1 comment:

Unknown said...

Hasil wiki:
Gen-2 dikuarkan by 2006-2007
Perodua Kelisa - 2001
Perodua kenari - 2000

so yg ade time 1995-- hanya saga/iswara and kancil utk proton and perodua.